Quantcast
Channel: Ulatbuku.Net | Komuniti Ulat Buku Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 17

AQIQAH UNTUK IBU

0
0

 

Soalan Pertama:

Ibu saya telah meninggal dunia dan saya sebagai anaknya berhajat untuk melakukan aqiqah untuknya. Saya telah mendapatkan pandangan dari seorang ustaz dan dia memberitahu saya bahawa aqiqah dilakukan untuk orang yang hidup sahaja bukan orang yang telah meninggal dunia. Oleh itu saya ingin mendapatkan pencerahan mengenainya, apakah hukumnya menurut syarak?

 

Jawapan Pertama:

Aqiqah tidak disyariatkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Amalan ini dilakukan sempena kelahiran anak.  Sebagai menyatakan rasa syukur dikurniakan anak,sama ada anak lelaki atau perempuan, maka para bapa dipertanggungjawab melakukan aqiqah. Untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing dan untuk anak perempuan hanya seekor kambing. Disembelih pada hari yang ketujuh, dimasak dan diberi makan kepada  jiran dan kaum kerabat  atau disedekahkan kepada fakir miskin sebahagian darinya.

Sekiranya tidak mampu melakukan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing, memadailah  disembelih seekor kambing sahaja. Menurut ulama, sekiranya tidak dapat dilakukan pada hari yang ketujuh, maka pada hari yang keempat belas, seterusnya pada hari yang kedua puluh satu. Boleh juga melepasi waktu tersebut, pada bila-bila masa sahaja.

Adapun pada orang yang telah meninggal dunia, aqiqah tidak lagi dilakukan untuknya. Adalah lebih baik kepada orang yang masih hidup berdoa dengan memohon keampunan dan kerahmatan untuknya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Apabila mati seseorang terputuslah amalannya kecuali  tiga perkara (sahaja): sedekah yang masih digunakan atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang berdoa kepada kedua ibu bapanya”.

Nabi saw  bersabda: “Anak soleh yang berdoa kepada kedua ibu bapanya”. Nabi saw tidak bersabda: “Anak soleh yang  berpuasa untuk keduanya atau yang bersolat untuk keduanya atau yang bersedekah untuk keduanya  atau yang  seumpamanya”.

Hal ini menunjukkan bahawa berdoa kepada orang yang telah mati adalah lebih utama daripada mengerjakan apa sahaja amalan yang diniatkan pahala kepada  mereka sekalipun hal itu dikira sebagai amal soleh. Ertinya, bersedekah sesuatu atau menunaikan solat dua rakaat  atau membaca ayat-ayat al-Quran yang diniatkan pahalanya kepada orang yang mati, tidaklah salah pada semua itu, tetapi berdoa adalah paling utama daripada amalan-amalan itu. Begitulah, sebagaimana yang ditegaskan oleh Nabi saw.

 

Hukum dan perlaksanaan Aqiqah

Soalan Kedua:

Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan aqiqah, hukum mengenainya serta pelaksanaan dan hikmahnya.

Jawapan Kedua:

Aqiqah  adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi saw. Sabda Rasullullah saw, “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dan dicukur serta diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah dari sudut bahasa ialah memotong atau membelah. Pendapat lain pula menyatakan kambing yang disembelih itu juga disebut aqiqah, ini kerana kambing sembelihan itu dipotong dan dibelah-belah. Selain itu, juga disebut rambut yang tumbuh di atas kepala bayi.

Dari sudut istilah, aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan (kambing, kibas, lembu, dan unta) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

 

Hukum Melakukan Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Syarat Aqiqah

  1. Berniat  aqiqah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

Pelaksanaan Aqiqah:

Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. Jika tidak dapat dilakukan pada hari itu, ia boleh dilaksanakan pada hari ke-14 dan jika tidak dapat dibuat juga pada hari ke-14 boleh dibuat pada hari yang ke-21.

Ini berdasarkan hadis: “Haiwan aqiqah itu disembelih pada hari ketujuh, ke empat belas dan kedua puluh satu”. (Hadis Hassan riwayat Al Baihaqiy). Bagaimanapun waktu pelaksanaan itu sifatnya sunat dan paling utama bukannya wajib.

Sekiranya telah menjangkaui tempoh yang dinyatakan tadi, diharuskan untuk membuatnya pada bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dilaksanakan. Kanak-kanak  yang meninggal dunia sebelum hari ketujuh disunnahkan juga untuk disembelihkan aqiqahnya.

Aqiqah adalah syari’at yang ditekan kepada ayah kanak-kanak. Namun apabila seseorang yang belum disembelihkan haiwan aqiqah oleh orang tuanya hingga dewasa, adalah digalakkan baginya untuk melakukan aqiqah. Nabi saw juga telah mengadakan aqiqah untuk diri baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah.

Kadar aqiqah yang disarankan ialah menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Selain kambing, binatang lain juga boleh dijadikan sebagai aqiqah termasuk unta, lembu, kerbau dan kibas. Haiwan yang dipilih juga disyariatkan mesti tiada kecacatan. Dari segi usia dan kriterianya adalah sama seperti haiwan ternakan yang harus disembelih untuk korban.

Sebelum melakukan penyembelihan adalah disunatkan untuk mencukur dan menimbang rambut. Ibu bapa hendaklah bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut bayi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata. “Rasulullah saw telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Sayidina Hassan dan Hussin ra  pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangannya dengan nilai perak”. (Riwayat Al-Tarmizi dan Abu Daud).

Semasa proses sembelihan dilakukan adalah disunatkan  menyebut nama anak yang ingin diaqiqahkan itu dan penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.

 

Hikmah Aqiqah

Di antara hikmah dan kebaikan melakukan aqiqah ini ialah:

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad saw  dalam meneladani Nabi Ibrahim as  tatkala Allah SWT menebus putera Ibrahim yang tercinta Ismail as.
  2. 2.      Dalam aqiqah ini mengandungi unsur perlindungan dari syaitan yang dapat menganggu anak yang lahir itu. Ini berdasarkan hadis yang ertinya: “Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya.” Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya-Allah lebih terlindung dari gangguan syaitan yang sering mengganggu anak-anak.
  3. 3.      Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan “Dia tergadai dari memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya).”
  4. Merupakan bentuk ‘taqarrub’ (pendekatan diri) kepada Allah SWT, mewujudkan rasa syukur atas kurnia yang dianugerahkan oleh Allah.
  5. Aqiqah sebagai saranan melahirkan rasa gembira dalam melaksanakan syariat Islam dan bertambahnya zuriat mukmin yang akan meramaikan umat Rasulullah saw.
  6. Memperkuat ukhuwah dan persaudaraan di antara masyarakat. Ini dapat dirasai ketika berkumpul bersama-sama menikmati hidangan aqiqah kerana menyambut kelahiran anak yang baru.
  7. Merupakan satu ibadat yang memupuk jiwa anak-anak supaya mendampingi diri kepada Allah terutamanya di peringkat awal kewujudannya  dalam kehidupan di dunia.
  8. Memberi peluang untuk beramal jariah membantu fakir miskin dengan menyediakan hidangan dan jamuan aqiqah.

 

Sumber : Era Muslimah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 17

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: